Anonymous
6 tahun
Masalah period tidak tentu
Saya wanita dalam lingkungan 20an sudah pun berkahwin nk masuk 3 bulan… Saya nak tanya Doktor. Period saya setiap bulan datang tapi tarikh tak tentu… Dalam 6bulan hujung bulan lpstu tukar 6bulan pulak awal bulan… Adakah dikira saya subur? Dulu period saya ok. Tarikhnya tepat… Start umur 21 period saya macam tu… Macam mana yee doktor…saya konfius sy subur atau tak… Dan ssah nk jmpa waktu subur saya sebabnya tarikh tak tentu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid lewat atau haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid sejak februari lalu. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























