
Anonymous
5 tahun
Masalah period tidak teratur pada remaja
Saya remaja berumur 18 yang baru habis SPM tahun lepas. Saya tak datang period sejak bulan 9 tahun lepas sehingga sekarang. Saya takut dan malu untuk merujuk ke doktor . Saya juga mungkin mengalami tekanan semasa belajar pada tahun lepas dan ianya menganggu kitaran haid saya. Saya mengalami tekanan tentang hal ini dan saya berharap doktor mampu membantu saya . Thank you

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.Terdapat juga punca punca yang lain seperti:
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Penyusuan badan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.