
Sulit
5 tahun
Masalah period yang saya alami
Saya wanita berumur 20 tahun . Sebelum ni period saya teratur dan tiada masalah . Biasa period saya dalam tempoh 8 hari . Tapi bulan ni saya rasa period saya macam tak teratur . First day sampai ke hari ke tiga mcm biasa tapi masuk hari ke empat dan ke lima terus tiada darah . Tapi masuk hari 6 ada tompokkan darah . Boleh saya tahu puncanya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Justeru, memandangkan lama haid adalah 6 hari, itu masih boleh dihitung dalam batas normal.
Bagaimanapun, sekiranya masih ingin kepastian, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.