Sulit
2 tahun
Masalah period yang tidak menentu
saya berumur 31 tahun, mengalami masalah period semasa umur selepas 20 tahun dan saya pernah membuat hubungan sex bersama dengan exbf 10tahun yang lalu, sekarang masalah period semakin teruk dimana saya sentiasa menggunakan pantyliner. saya mengalami darah coklat setiap hari dan akan mengalami darah merah berketul selama beberapa hari(kdg2 lebih dari 7 hari) selepas hbs darah merah, dan perkara ini akn ulang bnda yg sme setiap hari dan bulan. saya akan masturbation using finger in my confidential parts until satisfied but than, lendir2 tu berwarna merah darah. selepas dari itu, sy akan darah merah tiba2 selama berapa hari. saya terfkir, sekiranya saya berkahwin dan membuat hbungan sex, bagaimana keadaa saya yang seperti itu?? saya pernah g hospital dan doc hnya bg pil perancang dan nasihat utk turunkn berat badan shj. tapi masalahnya sekrang sy nk kahwin tapi saya takut dengan masalah saya ni berlaku semasa hubungan sex nanti.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Fibroid dalam rahim
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Gangguan hormon
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.