Sulit
6 tahun
Masalah period yang tidak normal
Saya wanita umur 22 tahun,saya last period 22-7-2019
Smpai skrng tak datang period lagi.
Tpi saya ke klinik doc hanya bagi ubat sunolut baru 1 hari saya makan.
Apakah ubat ini bole mendatangkan period saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat ini ialah sejenis pil hormonal yang digunakan untuk merawat penyakit seperti:
- Tidak datang haid
- Haid berlebihan
- perancang keluarga
Ubat ini akan mengawal kitaran haid anda secara hormonal.
Sekiranya masalah anda masih berterusan, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.



























