
Sulit
5 tahun
Masalah pernafasan dan tekak
Doc saya masih keliru dengan salah satu simpton covid 19 iaitu masalah pernafasan. apakah contoh masalah pernafasan tersebut? nafas terasa pendek? sakit dada? adakah masalah kahak seperti tekak terasa tersekat sesuatu juga adalah simptom?

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Kesukaran bernafas ialah masalah dimana pesakit mengalami sesak nafas, nafas pendek atau perasaan tercungap-cungap seperti sedang bersukan namun pesakit sedang berehat. Batuk berkahak juga adalah salah satu contoh gejala COVID19.
Gejala lain COVID19 termasuklah:
- demam
- selesema
- batuk
- sukar bernafas
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini