
Sulit
3 tahun
Masalah personaliti yg berakhir dgn trauma & kebuntuan
saya mempunyai semua simptom penyakit mental ini :
• ADHD
• APD
• BPD
• DPD
• Social Anxiety Disorder
• Maladaptive Daydreaming
• Gender Disorder
• & mungkin byk lagi…
hi, saya lelaki umur 23 tahun.saya mempunyai banyak masalah mental sejak lahir.saya hanya bersekolah hingga tingkatan 2 sebab tak tahan dgn simptom anxiety(berdebar,takut,risau,mual,keletihan) setiap pagi saat nak ke sekolah.
saya byk habiskan masa bersendirian di rumah sebab ia membuatkan saya rasa selamat & bahagia.
skrg saya dah dewasa & tidak bekerja.saya mahu bekerja tapi masalah anxiety saya masih ada.apa yg patut saya buat?
saya bercadang nak makan ubat anti depressant… ada tak apa2 ubat yg doktor boleh cdgkan? tolonglah doktor, saya nak bekerja,ada rumah sendiri & mencapai kejayaan dlm hidup.
setiap kali nak keluar & hidup normal dgn masyarakat je mesti akan timbul simptom anxiety atau penyakit mental yg lain… saya letih hidup mcm ni…
dulu masa zaman sekolah, saya selalu menangis tak pergi sekolah… sebab saya rindu kehidupan saya sebelum ke alam persekolahan.zaman saya dimanja ibubapa & bebas keluar bermain bersama rakan2 di luar…
saya pernah berminat dgn persekolahan tapi sekejap shj(darjah 2).lepastu minat saya makin berkurang kerana anxiety akibat diejek rakan sampailah saya berhenti terus…
saya juga takut kalau dah bekerja nanti,saya akan rasa sedih & rindu dgn hidup saya yg lama.
ringkasan perjalanan hidup saya :
nikmati alam kanak2 yg seronok & bebas→sedih kena pergi sekolah→kemurungan lepastu tenang sikit→timbul rasa minat dgn gaya seorang lelaki→tiru gaya lelaki tersebut(delusion/berangan)→guru & rakan sekolah rasa senang dgn saya skrg→timbul rasa minat & bersemangat ke sekolah→prestasi di sekolah meningkat→minat dgn gaya seorang wanita(delusion/berangan)→tiru gaya wanita tersebut→ditertawa/dijauhi/diejek rakan2,guru,ibubapa & masyarakat→saya malu,takut,risau dll…→timbul rasa insecure & anxiety→kemurungan & keletihan→byk ponteng→tertekan dgn paksaan ibubapa suruh kesekolah→buntu.anxiety & beberapa penyakit mental masih ada→pedulikan sekolah sebab taknak stress→dibuang sekolah→bahagia berseorangan dirumah sebab boleh buat apa saja(xde stress,ejekan dll…)→realized yg saya dah dewasa tapi masih sama(xde pencapaian hidup)→rasa teruk→cuba ubah gaya hidup,pemakanan dll…→masih sama→cuba tanya doktor online.
saya betul tengah buntu skrg ni doktor, saya ada byk sngt masalah.
saya pening dgn keadaan diri saya…
saya x tau saya ni apa…
gaya bertukar-tukar… lepastu perangai mcm budak2… suka usik org… kejap jadi ziana zain… kejap jadi aaron aziz… lepastu menggila meroyan tak tentu pasal berulang kali sampai sakit kepala ♂:woman_superhero:

3 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi atau mengawal masalah keresahan (anxiety). Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai perkara yang anda boleh lakukan untuk meredakan gejala anxiety anda. Antaranya adalah:
- Melakukan teknik pernafasan yang betul
- Mengosongkan fikiran
- Menenangkan diri
- Fikir tentang perkara yang boleh menenangkan fikiran dan diri anda
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Sekiranya anda pesakit dan mengambil ubat, patuh kepada arahan doktor dan ambil ubat seperti yang diberikan oleh doktor
- Lakukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian anda
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.