danialchelsea44
3 tahun
Masalah Perut Buncit/besar
Saya berumur 23 tahun. Saya sedang on diet. dalam masa beberapa bulan saya dapat menurunkan berat badan saya daripada 97kg sehingga 83kg sekarang.
SOALAN SAYA ADALAH : adakah perut kita akan menjadi buncit/besar jika kita tidak cukup tidur walaupun kita tengah on diet. Kerana saya sejak akhir-akhir ini saya sedikit susah untuk tidur. saya hanya dapat tidur dalam masa 4-5 jam sahaja.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tidur yang mencukupi adalah salah satu perkara yang penting bukan sahaja dalam proses mengekalkan tubuh badan yang baik bahkan juga untuk kepentingan kesihatan mental dan memori. Tidur yang tidak mencukupi akan mengganggu keseimbangan hormon seperti hormon tiroid dan steroid yang boleh menyebabkan kebuncitan jika tidak seimbang. Bagi mengatasi masalah kurang tidur ini, anda boleh lakukan beberapa langkah seperti:
- Elakkan makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur
- Tidak mengambil kopi atau teh selepas pukul 4 petang atau 8-10 jam sebelum tidur
- Sekiranya merokok dan minum alkohol, digalakkkan berhenti
- Mandi 1.30 jam sebelum tidur - mandi malam dapat menyejukkan badan dan menyediakan badan untuk tidur
- Elakkan chaya gadjet seperti telefon atau televisyen 2 jam sebelum tidur
- Membaca buku sebelum tidur
Sekiranya masalah tidur ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























