
Sulit
5 tahun
Masalah perut kelihatan besar
Perut anak saya yang berumur 1tahun 3bulan kelihatan sedikit besar.kadang kadang keras.tapi,anak saya tidak lah meragam ataupun menangis. Adakah ianya normal ataupun perut anak saya bermasaalah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. antaranya:
- normal jika perut anak anda sememangnya besar. walaubagaimanapun, jika perutnya semakin membesar, ia boleh disebabkan perkara berikut:
- masalah perut kembung disebabkan sindrom usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- alahan kepada makanan (lactose intolerance)
- penyakit celiac (alahan pada gluten)
- organ dalam perut membengkak (hati)
- usus berpintal sehingga tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.