Sulit
5 tahun
Masalah perut & muntah-muntah
Doktor, saya baru2 ni kena jangkitan kuman pada faraj. Tetapi lepas makan ubat & minum air lemon, buah2 alhamdulillah air kencing sy makin baik. Tetapi saya masih muntah2 baru2 ni. Muntah saya dalam selang 3/4 hari, selalu rasa pening, badan tak larat, perut saya terasa ada degupan, adakah jangkitan kuman ini merebak? Saya masih lagi rasakan pening2, mual2 dan perut selalu rasa tak selesa.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah rendah
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia akibat abdominal aneurysme yang pecah padan perut
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































