Sulit
3 tahun
Masalah perut yg bermasalah
Hi doctor, perut sy rasa senak, berangin dan rasa perut lebih xselesa bila duduk badan mmbongkok menekan perut. Bila bangun, badan tegak tidak menekan perut, keadaan rasa ok, perut tidak sakit Tpi perut masih berasa berangin n senak. Lepas sy makan ubat magnesium trisilicate dan hyoscine n-butylbromide 10mg keadaan rasa senak, berangin perut tu kurang, tpi bila duduk bdan membengkok posture badan menekan perut, perut rasa xselesa, bila sy duduk tegakkan badan, rasa perut selesa…seteleah 8jam ksan ubat tu habis, prut sy akan kmbali senak, berangin n xselesa.
Adakah sbb terlalu lama baring dgn kdudukan kepala lbih tinggi dri perut mnjadi pnca pda permasalahan ini?..kerana sebelum masalah perut Ni jadi, sy slalu baring dgn keadaan tersebut. mohon bntuan penjelasan doktor. Tq
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih






























