Sulit
4 tahun
Masalah psikatari, loya, terasa ingin muntah, takut, gelisah, sakit sada, berpeluh,
Saya lelaki 28 tahun, pekerja swasta, mudah merasa gelisah dan sukar mengawal kegelisahan, perkara kecil pn boleh menjadi gelisah, berdebar, kadang2 tangan menggeletar, tangan dan kaki berpeluh, terasa ingin muntah, dada terasa sakit dan perut tidak selesa bila gelisah. Terlalu fikirkan perkara yg kecil dan kadang2 menjadi takut kepada sesuatu yang tidak pasti. Mohon pencerahan tentang masalah saya ini. Telah berlarutan berbulan lamanya. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami gejala sedemikia:
- Psikologi: Masalah personaliti, keresahan (anxiety), kurang tidur atau rehat
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah jantung
- Anemia atau kekurangan darah dalam badan
- Hipoglisemia atau kekurangan gula di dalam darah
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai keadaan anda berdasarkan gejala yang anda berikan di dalam ruangan soalan. Disebabkan perkara ini mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut, puncanya dan rawatan atau bantuan dapat diberikan kepada anda.
Kami tidak dapat memberikan kata putus atau diagnosis memandangkan apa yang anda lalui mungkin berkaitan dengan masalah psikologi dan ia memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor pakar dan beberapa siasatan klinikal juga perlu dilakukan.
Anda boleh lakukan perkara ini sebagai salah satu cara untuk membantu mengurangkan gejala yang anda alami:
- Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup
- Bercakap dan meluahkan masalah anda kepada ahli keluarga anda atau induvidu yang anda percaya
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan dan bersenam
- Melakukan latihan dan teknik pernafasan yang betul sekiranya anda gelisah
- Bermeditasi untuk menenangkan fikiran
Jika anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi mengenai keadaan anda. Terima kasih.



























