
Sulit
3 tahun
Masalah Puting Payudara Wanita yang tidak berkahwin lagi
Salam sejahtera. Saya wanita berumur 25 tahun. Belum berkahwin. Saya perasan saiz payudara saya berbeza dan puting sebelah payudara merekah. Kadangkala puting terasa gatal. Adakah ini termasuk dalam kanser? Saya sebenarnya takot nak jumpa dr. Dalam masa yang sama saya risau. Tolong saya huhu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Radang payudara (mastitis)
- Sista payudara (breast cyst)
- Kecederaan pada kulit payudara disebabkan oleh radang kulit
- Kanser payudara
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Saranan tambahan kami adalah anda perlu membuat pemeriksaan payudara kendiri secara berkala dan sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami tanda atau gejala di bawah disebabkan oleh masalah payudara:
- Demam
- Terdapat cecair atau nanah keluar dari puting
- Puting merekah
- Ketulan yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Penurunan berat badan
- Hilang selera makan
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih