
Sulit
5 tahun
Masalah puting sebelah kiri
Saya lelaki 23 tahun, puting belah kiri saya besar sedikit berbanding sebelah kanan, terdapat benjolan di dalam puting saya bila saya tekan akan merasa sakit, saya alami sudah setahun, belum berjumpa dokter lagi untuk pemeriksaan. Adakah ini penyakit serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Terdapat pelbagai sebab boleh berlakunya masalah ini. Antaranya:
- Jangkitan bakteria kesan dari picit jerawat
- Jangkitan pada folikel rambut sekitar puting
- Cyst (Akibat dari luka mencukur bulu dada)
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Adalah amat disarankan untuk anda segera ke hospital kerana khuatir jangkitan ini boleh merebak dan menyebabkan keadaan ini lebih serius. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.