
Sulit
4 tahun
Masalah rahang berlarutan
Saya sering mengalami masalah rahang. Saya mempunyai tabiat mengunyah di sebelah bahagian mulut sahaja. Beberapa bulan lepas saya mengalami ulser di bahagian tersebut, jadi terpaksa mengunyah menggunakan bahagian lain. Saya mula perasan gigi mulai ngilu secara tiba2. Beberapa minggu lepas saya ada membuat dental procedure yang memerlukan saya membuka mulut dengan besar, selepas procedure itu, saya merasakan gigi saya tidak berada di tempat yang asal. Beberapa ketika ia seperti kembali ke tempat asal, tetapi masalah ini tetap berlarutan sehingga kini. Saya juga perasan apabila saya membuka mulut dengan luas atau menguap, kedengaran sesuatu bunyi halus berdekatan telinga. Selain pembedahan apakah rawatan atau exercise lain yang boleh saya amalkan untuk meningkatkan dan menjaga kesihatan rahang saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Temporomandibular joint disorder: masalah pada sendi rahang
- Arthritis: keradangan sendi rahang
- Kecederaan pada rahang anda
- Sleep apnea: gangguan pernafasan waktu tidur
- Jangkitan pada kelenjar air liur
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.