wanitranung
3 tahun
Masalah rambut nipis dan gugur
Saya seorang wanita yang berumur 18tahun. Saya ada baca penerangan tentang rambut gugur. Sekarang,rambut saya semakin nipis dan kulit kepala saya sudah kelihatan sedikit. Disebabkan rambut nipis,dahi saya kelihatan luas. Mungkin antara sebabnya kitaran haid saya yang sentiasa berubah setiap bulan. Boleh saya mendapat penerangan dari doktor beserta cadangan cara untuk merawat rambut saya yang nipis ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah keguguran boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- genetik
- hormon yang tidak seimbang
- masalah autoimun
- jangkitan kulat
Rawatan bagi masalah ini adalah berdasarkan punca masalah tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.