
Sulit
4 tahun
Masalah rasa macam ketulan belah kanan kerongkong
Saya wanita 20an sy jd panik tiap kali nk menelan makanan sbb sy rasa macam ade ketulan dalam kerongkong rasa tu buat sy mudah rasa panik dn nafas sy jd pendek sy dh pergi ent tp doc ckp xde ape2 …ape masalah sy ni…sy mengalami dah nk masuk 4 bln

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan iaitu ketulan pada belah kanan kerongkong, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Masalah sukar menelan boleh disebabkan oleh:
- Tonsillitis
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.