
Sulit
4 tahun
Masalah rasa mual pada tekak
Saya wanita berumur 24 tahun ingin bertanya
adakah selepas sehari persetubuhan ada rasa loya jadi adakah itu tanda hamil.Diharap doktor dapat menjawab persoalan saya sekiam terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tanda-tanda kehamilan adalah seperti:
Haid Lewat Atau Tidak Datang Haid
Mual Loya Atau Muntah
Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
Kerap Kencing
Deria Bau Lebih Sensitif
Pendarahan kecil
Keputihan
Perubahan selera makan
Keletihan
Akan tetapi, proses kehamilan mengambil masa lebih dari sehari untuk berlaku.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Atau saya sarankan untuk anda membuat ujian kehamilan melalui air kencing begi memastikan sekiranya anda hamil atau tidak.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.