
Sulit
4 tahun
Masalah resdung menyebabkan sakit kepala
Saya ada masalah redung tapi sekarang resdung menyebabkan kepala saya sakit sangat ( pening ) sampai terasa dalam otak dan kadang kadang mengganggu penglihatan saya apakah nasihat doktor untuk saya atasi masalah ni

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu gangguan hidung. Terdapat beberapa cara untuk meredakan gangguan tersebut yang perlu anda tahu, antaranya ialah:
Minum banyak air untuk mengurangkan hidung tersumbat dan mengelakkan lendir daripada menjadi terlalu tebal. Minum air akan mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran rongga hidung.
Cecair yang disyorkan termasuklah air, minuman sukan, teh herba, minuman buah-buahan dan sup.
Rawatan wap boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ambil sebesen air suam dan titiskan minyak aromaterapi atau titisan lemon. Duduk di hadapan besen dalam beberapa minit. Wap panas boleh mencairkan lendiran dan mengurangkan hidung tersumbat.
rawatan ubat yang perlu mendapatkan nasihat doktor yang lebih pakar
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga perlu mendapatkan rawatan mahupun keterangan lanjut untuk mengenal pasti apakah sakit kepala tersebut benar disebabkan oleh gangguan hidung yang anda alami.
Akhir kata, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.