
Sulit
4 tahun
Masalah sakit belakang kiri atas
thn…menghidapi masalah sakit belakang sebelah kiri bhgian atas…sy selalu merasa tidak selesa jika sakit itu dtg. Jika sy gerakan kepala ke sebelah knan…terasa sgt sakit nya…tambahan pula sy kerap sgt menguap yg x bole kawal,sehingga airmata keluar dan sakit kpla…mohon pencerahan dr doc. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada otot atau tulang di kawasan yang terlibat
- Penarikan otot (muscle spasm)
- Posisi tidur yang tidak selesa atau tidak betul
- Kurang rehat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda dan punca masalah anda dapat diketahui. Gejala yang dialami juga mungkin boleh berpunca dari sebab yang kami tidak sebutkan di atas.
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.