
Sulit
4 tahun
Masalah sakit di bahagian perut
saya sering sakit perut di sebelah kiri dan merasa ingin buang air besar tetapi tidak ada najis yg kluar jika ke tandas , dan saya juga selalu kentut selepas makan,tapi saya sngat kerap buang air besar ketika waktu pagi dan tekstur najis lembut dan kadang keras.Dan beberapa hari lepas saya sakit perut sebelah kiri dan berpindah ke kanan dan saya keliru adakah saya senggugut kerana masa itu saya sedang haid ttpi disitu hari dmna darah saya keluar sdikit sahaja

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kiri yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Sembelit
- Radang apendiks
- Radang usus - akibat penyakit radang usus atau jangkitan kuman
- Radang tiub Fallopian/ovari
- Batu karang
Masalah tenesmus (rasa ingin membuang air besar walaupun anda sudah membuang air besar) merupakan salah satu gejala kanser usus namun, tidak semestinya kanser. Banyak lagi gejala lain, sejarah kesihatan serta pemeriksaan lanjut harus dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang anda duduk dalam tempat sejuk dan kemudiannya berasa hendak membuang air besar. Kami juga memerlukan lebih banyak maklumat jika sakit perut yang anda alami adalah senggugut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.