
Sulit
3 tahun
Masalah sakit perut selepas sembelit
Assalamualaikum,saya berumur 54 tahun, saya pengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, baru-baru ini saya mengalami sembelit yg teruk sehingga terpaksa teran, sehingga terpaksa kedoktoran mengambil ubat sembelit,tapi sekarang saya mengalami sakit kepala, sakit perut sehingga sakit tulang belakang, saya ingin tahu apa penyebabnya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai beberapa gejala yang berlaku serentak, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- komplikasi sembelit
- keletihan yang melampau (extreme fatigue)
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
Namun ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:
- gangguan metabolisme tubuh
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan muskoloskeletal
- gangguan endokrin
- penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Sakit kepala anda juga boleh disebabkan dari gejala-gejala yang dialami saat ini. Justeru, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.