
Sulit
4 tahun
Masalah sakit perut wanita
Saya gadis 24 belum berkhwin. Masalah saya adalah saya mengalami sakit perut. Pada mulanya saya muntah2 pening dan sakit perut dan kurang selera makan. Setiap bulan period saya datang seperti biasa. Akhirnya saya ambil keputusan untuk jumpa doktr. Apabila doktr chek doktr memeberitahu perut saya angin bnyak dan saya kena gastrik. Akhirnya doktor memberi ubat gatsrik kepada saya.akhirnya perut saya tidak sakit. Namun sejak kebelakangan ini perut saya datang sakit semula. Saya rasa tidak selesa dengan perut saya tambahan lagi saya rasakan perut saya membesar. Macam seolah megandung. Saya berasa bimbang. Untuk pengetahuan doktor saya kerap membuang air kecil dan masalah angin di perut dan sembelit. Sakit perut saya selalunya sakit dibahagian bawah perut dan di atas pusat diantara sudu hati.
Untuk pengetahuan doktr saya sudah banyak kali membuat rawatan susulan di hospital berhampiran untuk chek. Saya telah membuat test urine test air kencing dan ambil darah dan doktor memberitahu result keputusan saya normal tidak ada pelik. Saya sudah membuat skop wayar camera. Masuk camera dalam perut untuk melihat usus dalam perut saya. Dan doktor memberithu tidak ada apa2 luka pada usu saya. Rawtan terkakhir saya telah membuat CT - scan pada perut saya dengan doktor pakar dan doktor memberitahu tidak ada apa2 yang pelik dan merisaukan. Tapi sejak akhir2 ini perut saya makim sakit. Saya tak thu nk buat apa lagi.boleh ke doktor bantu saya apakah yang patut saya lakukan. saya berasa susah hati. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastrik
- Irritable bowel syndrome (Tekanan pekerjaan, perubahan hidup)
- Masalah paru-paru seperti jangkitan kuman
- Masalah jantung kerana kadang kala jantung boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.