
Anonymous
5 tahun
Masalah saluran kencing
anak saya dihujung saluran kencinya keluar semacam keputihan…keputihan tu agak pejal dan tidak cair…anak saya berumur 2tahun setengah…apa masalahnya doktor…adakah serius atau tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Keputihan pada hujung saluran kencing untuk kanak-kanak kecil memerlukan beberapa lagi info seperti jantina anak dan sejarah perubatan. Keputihan dibahagian kemaluan boleh terjadi kerana:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian ataupun berjumpa dengan pakar perubatan berhampiran. Terima kasih