
Sulit
5 tahun
Masalah saya di tekak dan susah nak bernafas
Saya ada masalah tekak, bila saya makan masalah penyakit tu tiada Dan bila saya bernafas atau menelan air liur saya rasa mcm ada sesuatu DI tekak saya. Itu yg membuat saya tak selesa dan panik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tonsilitis (keradangan tosnsil)
Masalah saraf
Masalah otot esofagus
Benda asing dalam tekak
Ketumbuhan pada tekak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.