
Anonymous
6 tahun
Masalah semasa waktu subur
Sakit pinggang semasa waktu subur.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kesakitan sewaktu subur atau Mittelschmerz adalah sakit pada perut bawah semasa ovulasi / waktu subur. Ovulasi biasanya terjadi pada pertengahan antara kitaran haid. Kesakitan ovulasi boleh berkisar dari sakit ringan hingga sakit berat dan biasanya berlangsung dari beberapa minit hingga jam. Ia biasanya dirasakan pada satu sisi abdomen dan mungkin berbeza setiap bulan, bergantung kepada ovari yang melepaskan telur semasa kitaran itu. Dalam beberapa kes, sedikit pendarahan vagina mungkin terjadi.
Tetapi, sakit pinggang sewaktu subur boleh juga disebabkan oleh perkara lain yang tidak berkaitan dengan sistem reproduksi seperti :
- gastritis
- appendisitis
- infeksi saluran kencing
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih