
Sulit
4 tahun
Masalah sistem penghadaman/pencernaan
saya merupakan seorang yg suka dan kerap makan tetapi saya tidak menggemuk dan kerap buang air besat terutama pada awal pagi selepas sarapan. Adakah itu merupakan satu masalah kesihatan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala kerap makan tetapi tidak menggemuk serta kerap membuang air besar adalah merupakan salah satu tanda bahawa tahap penghadaman serta metabolisma anda tinggi atau dalam keadaan yang sihat dan lancar.
Oleh itu, kami ingin mengajukkan bahawa anda tidak perlu risau mengenai gejala yang anda alami ini. Namun, kami sarankan anda untuk memantau simptom lain yang boleh menandakan penyakit bahaya seperti:
- Cirit-birit atau sembelit
- Masalah penghadaman
- Muntah atau loya
- Sakit perut atau sakit pedih ulu hati.
- Kekerasan yang boleh dirasai pada bahagian perut
- Najis berdarah
- Penurunan berat badan yang mendadak atau sebaliknya.
- Keletihan dan tidak bermaya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.