
amirahzahirah18
5 tahun
Masalah susah buang air besar
Saya seorang perempuan berumur 19 thn dan saya nak tanya saya selalu minum air masak dalam 2 ke 3 liter sehari tetapi kenapa saya masih susah buang air besar dan menyebabkan saya selalu sakit perut terutamanya di bahagian atas pusat, terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sukar membuang air besar anda boleh menyebabkan sembelit yang kemudian akan menyebabkan gejala sakit perut. Ia boleh disebabkan seperti:
- Kurang pengambilan serat
- Terlebih ambil zat besi
- Penyakit tiroid - seperti hipotiroid
- Ketumbuhan dalam usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.