
Sulit
5 tahun
Masalah Susu Formula Atau Masalah Kesihatan Anak
saya ada masalah untuk diselesaikan. anak saya berumur 3bln 12hari… dia minum susu campur sebab saya bekerja. Jadi untuk setiap susu tambahan yang anak saya minum mesti ada masalah…Seperti :
Dutch Baby
Bila dia minum dia akan berak dan najis dia berlendir macam mukus. Anak saya tidak ada selsema atau batuk.Loctogen
Bila dia minum dia akan cirit birit dan berbuihDupro
Bila dia minum anak saya tidak berak selama 5 hari.
Jadi apakah penyelesaian untuk anak saya? Adakah sebab susu FM yang mengandungi lactosa tidak sesuai dengan beliau? Saya nak minta doktor sarankan susu apa yang bersesuaian dengan keadaan anak saya sekarang,
Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sistem pencernaan bayi bawah satu tahun masih belum terbentuk dengan sempurna. Tambahan pula, bayi memerlukan susu ibu kerana susu ibu mengandungi zat-zat dan antibodi yang lengkap yang diperlukan seorang bayi. Justeru, pilihan terbaik adalah susu ibu. Anda boleh usahakan untuk memompa susu ibu dan menyimpan di peti ais sekiranya anda mempunyai kekangan waktu bekerja.
Merujuk kepada keluhan lain bayi, sebetulnya belum jelas gejala yang dialami bayi anda. Sekiranya bayi sering menangis, muntah-muntah dan tidak mahu makan maka anda perlu segera membawa ke doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.