
Sulit
4 tahun
Masalah Tangan kebas
Saya wanita berumur 47 tahun dengan 3 anak yang sudah dewasa. Masalah saya adalah kedua belah tangan kebas apabila memegang barang terlalu lama dan semasa bangun tidur juga kebas. Saya mendapati tangan kebas selepas melahirkan anak pertama (1999) dan tidak pernah berjumpa doktor untuk rawatan. Saya berpendapat kemungkinan saya tidak berpantang selepas melahirkan iaitu melakukan kerja seperti biasa selepas melahirkan maka itulah tangan kebas dan tidak mendapatkan rawatan. Soalan saya kenapa tangan saya kebas.
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
- Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
- Gejala awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.