
Sulit
5 tahun
Masalah Tekak dan demam yg berlanjutan sejak 20/3
Dr Sashini. Saya kini tidak bimbang sangat dengan masalah tekak. Tp saya bimbang masalah demam yg kian berlarutan bermula 20hb . Tiap2 hari saya demam walaupun tak kuat. Dan saya kini tidak pasti, adakah demam saya ini benar2 berpunca dari masalah tekak saya @ ada masalah lain? Hari ini pun saya demam. Cuma hari ini saya rasa sedikit tidak selesa di bahagian perut, ada rasa loya nak muntah. Untuk info Dr, suhu saya jam 8am td adalah 36.1°, manakala jam 11:30am adalah 37.1. Biasanya saya alami demam pd waktu pagi. Kemudian berkurangan dan demam kembali pada jam 7pm ke atas. Manakala jam 12 mlm sehingga 6am, suhu saya kekal antara 36.0-36.2.
Mohon pendapat Dr dan apakah yg harus saya lakukan? Saya terfikir nak pergi ke hospital, tp bimbang dengan tahap keselamatan diri di musim covid ini, bimbang dapat jangkitan…
Mohon saranan Dr.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, suhu normal badan adalah sekitar 36.5 ke 37.5 darjah selsius. Demam adalah apabila suhu badan lebih daripada 37.5 darjah selsius dan merupakan reaksi badan terhadap patogen ataupun keradangan yang berlaku di dalam badan. Demam boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Perubahan hormon
- Demam denggi
- Demam malaria
- Jangkitan leptospirosis
- Jangkitan tifoid
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini