
Sulit
3 tahun
Masalah telinga berbunyi
saya perempuan dan berumur 17 tahun. telinga saya berbunyi tetapi tidak sakit dan dah letak ubat penitis. namun telinga saya masih lagi berbunyi, boleh beritahu sampai bila saya perlu pakai ubat penitis ini? bilakah telinga saya akan berhenti berbunyi?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mempunyai masalah telinga sering berbunyi.
Penyebab biasa sebegini adalah kerosakan sel telinga dalam.
Penyebab tinnitus lain termasuk masalah telinga lain, keadaan kesihatan kronik, dan kecederaan atau keadaan yang mempengaruhi saraf di telinga anda atau pusat pendengaran di otak anda.
Antara sebab lain adalah pendedahan seringkali kepada bunyi yang kuat,
penyumbatan telinga,perubahan pada tulang telinga,kesakitan sendi TMJ, dan juga boleh disebabkan tumor di telinga.
Bunyi yang luar biasa ini mungkin berbeza nada dari bunyi gemuruh yang rendah sehingga memuncak tinggi, dan anda boleh mendengarnya dalam telinga kiri atau kanan atau kedua-dua telinga.
Dalam sesetengah kes, bunyi boleh menjadi sangat kuat dan boleh mengganggu keupayaan anda untuk menumpukan perhatian atau mendengar suara sebenar.
Ianya mungkin hadir sepanjang masa, atau mungkin datang dan pergi. Kelantangan bunyi boleh berubah-ubah. Ia sering kali paling ketara pada waktu malam atau pada waktu yang tenang.
Oleh yang demikian anda disarankan mendapat pandanan pakar doktor ENT.
Anda juga boleh mendapat pandangan pakar melalui konsultasi atas talian kami.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.