
Sulit
4 tahun
Masalah telinga berdesing
Saya mengalami masalah telinga berdesing disebabkan tahi telinga tersumbat dan saya telah berjumpa dgn dr utk rawatan membersihkan telinga. Namun, bunyi berdesing masih ada walaupun telah membuat rawatan. Apakah puncanya dan bagaimana utk menghilangkannya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika telinga berdesing atau dikenali sebagai tinnitus masih berlaku selepas rawatan terdapat beberapa pilihan perubatan yang anda boleh pilih untuk mengurangkan masalah ini. Kebiasaannya tinnitus akan hilang dengan sendiri namun begitu, anda perlu ketahui bahawa tinnitus tidak semua rawatan boleh mengurangkan atau menghilangkan tinnitus.
Antara cara untuk mengatasi tinnitus adalah:
- Ubat seperti anti-anxiety atau anti-depressants
- Hearing aids
- Masking device (peralatan untuk mengurangkan mendengar tinnitus)
- Tinnitus Retraining Therapy (TRT)
- Terapi Kognitif
Anda juga boleh cuba untuk elakkan daripada tinnitus berlaku dengan menjauhkan diri daripada bunyi yang kuat. Jika anda berada di tempat yang mempunyai bunyi yang kuat, anda boleh memakai penutup telinga.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.