
Anonymous
5 tahun
Masalah telinga sakit
Ank saya sekarang tgh menahan sakit telinga, dia rasa berdenyut dkt dalam , mmg sakit dia Semarang . act anak saya before this ada masalah tahi telinga keras belah kanan . Banyak kali pergi Klinik macam tu juga . And then tambah satu masalah . Telinga belah kanan dia , dia tak dengar sangat . Kalau tutup telinga belah kiri kanan buka , dia langsung tk dengar . Dia dengar sikit saja . Skrg ni saya bagi dia makan panadol utk kurangkan rasa sakit nya . Apa masalah telinga anak saya sebenarnya . Sy takut dia ada masalah pendengaran . Sy hanya pergi Klinik biasa . Belum bawa ke hospital .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tahi telinga yang keras boleh menghalang pergerakan gelombang bunyi sehingga menyebabkan anak anda mengalami masalah pendengaran. Justeru, adalah sebaiknya anda membawa anak anda untuk menemui doktor dan diberikan penatalaksanaan yang bersesuaian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.