
Sulit
5 tahun
Masalah terlalu sukar untuk tidur. Tidak dapat tidur yang mencukupi
Saya mempunyai masalah tidur dimana saya sukar untuk tidur malam (memang langsung tak mtidurr malam pada waktu pkp). Saya cuba untuk tidur setiap malam tetapi tetap sukar. Saya hanya boleh tidur pagi jam 9/10 tetapi hanya tidur untuk dua jam sahaja. Kemudian terjaga dan tidak boleh tidur kembali. Setiap kali mahu tidur, saya memerlukan masa 1-2 jam untuk pejam mata sebelum tertidur. Kadang2 dah pejam sehingga satu jam tapi masih tdakk mampu tidur. Perlukah saya ambil pil tidur

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Stres dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygiene adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.