
Sulit
4 tahun
Masalah thyriod anxiety disorder
Hello dok Saya wanita berumur 23 tahun , setiap petang pukul 5 atau 6 Saya merasa seperti berdebar debar kerisauhan sehingga saya menangis , terkadang tangan Saya bergetar badan sejuk sedikit , apa symptom yg Saya alami ini Ada kaitan dengan masalah thyriod ? Atau saya ada anxiety disorder , Saya kerap berdebar debar kerisauhan setiap petang pukul 5 atau 6 ,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah denyutan nadi jantung (arrthythmia)
- Hipertiroid
- Psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Stres atau tekanan emosi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah yang disebutkan di atas berdasarkan soalan sahaja. Perkara ini memerlukan pemeriksaan dan siasatan lanjut oleh doktor. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut mengenai jantung anda, sila hubungi kami pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara PERCUMA. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!