
Sulit
4 tahun
Masalah tidak bersin
Hi doc? Knp sy tidak mengalami bersin selama 1minggu sudah? Sebelum ini sy kerap bersin doc, tidak ada batuk atau selesema atau demam, cuma x bersin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya berpendapat anda sepatutnya tidak risau sekiranya anda tidak bersin. Bersin merupakan refleks badan anda untuk mengeluarkan benda asing atau terjadi disebabkan iritasi pada saluran pernafasan anda. Sekiranya anda tidak bersin, bermakna ada sihat dan tidak perlu risau.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.