
Sulit
4 tahun
Masalah tidak buang najis
Hi Doktor, emak saya mengalami masalah tak dapat membuang najis/air besar tanpa gunakan ubat… jika tak buang terasa sakit,malah kata nya kejap sakit dan kejap tak sakit di ari-ari di p’dekatan alat sulit. apakah masalah b’dasarkan simpton itu?
bila ke klinik dan x-ray, doktor menyatakan tiada masalah pada usus,
ibu mampu membuang angin ,serta najis tidak berdarah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang ibu anda hadapi iaitu sukar untuk buang air besar atau sembelit. Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit yang ibu anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sembelit, dan seterusnya medapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, ibu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk ibu anda:
- Makan banyak buah-buahan
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih