Anonymous
6 tahun
Masalah tidak datang bulan selama 3 bulan
Saya wanita…bujang…umur 29…masih belajar di universiti…mengalami masalah tidak datang bulan selama 3 bulan…bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini…perkara ini menyebabkan ssya merasa sangat gelisah dan membimbangkan…sila bantu saya…terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Kemungkinan besar, anda menghadapi masalah tidak datang haid atau dipanggil amenorrhea. Masalah ini boleh terjadi sejak akil baligh dimana wanita itu tidak pernah datang haid atau pun tidak datang haid selepas satu tempoh haid yang normal disebabkan masalah kesihatan yang lain.
Keadaan biasa yang menyebabkan tidak datang haid. Antaranya ialah:
- Kehamilan
- Menyusukan anak
- Menopos
Masalah kesihatan :
- Pengambilan ubat tertentu seperti ubat bagi masalah depresi dan halusinasi
- Kekurangan berat badan
- Terlalu aktif dalam aktiviti fizikal
- Tekanan emosi
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah hormon tiroid atau pituitari
- Premature menopos
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi ini, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Maklumat tentang latar kesihatan anda, sejarah kesihatan perlu didapati serta pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.


























