
Sulit
5 tahun
Masalah tidak haid beberapa bulan
sy berumur 27 tahun mengalami masalah haid tidak teratur sejak beberapa tahun yg lalu kadang kala 2 bulan 1x , sejak 4bulan lalu sy langsung tidak haid dan sy tidak mengandung … kadang2 sy berasa mual loya dan pening kepala , terasa sakit di kiri kanan perut juga … saya jugak ade mengalami keputihan… adakah itu normal buat sy yg berberat badan 75kg tinggi 160cm … saya dah cuba pelbagai product utk masalah sy akan tetapi tetap sama …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, antara punca masalah haid tidak teratur adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Gejala lain yang anda hadapi juga boleh berkemungkinana berkait dengan gejala haid tidak teratur anda, namun ia juga boleh disebabkan masalah lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.