
Sulit
4 tahun
Masalah tidak selesa selepas buang air besar dan kencing
Saya lelaki berumur 19 tahun yang mempunyai masalah ejakulasi pramatang.selepas membuang air besar saya kencing dan biasanya keluar air mazi tetapi berlaku sebanyak dua kali keluar air seperti mani mungkin wadi.selepas selesai membuang air besar dan kencing saya berasa tidak sangat selesa pada kemaluan saya dan juga rasa ingin kencing lagi,adakah air yang keluar itu mani atau wadi?kerana ia sangat penting bagi saya
Terima kasih banyak doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang jelas dengan kenyataan yang diberikan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang salur kencing
- Retrograde ejaculation
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sakit ketika membuang air
- Air kencing bercampur nanah atau darah
- Sakit di kawasan ari-ari
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.