
Sulit
3 tahun
Masalah tidur selepas vaksin
Hello dokto, sy br selesai dos pertama vaksin pfizer. Selepas 6 hari, sy mngalami kesukaran tidur. Walaupn sy cube bermacam jenis tips sleeping hygiene, otak sy seperti sgt segar. Sy mula risau. Jantung sy kadang berdebar. Apakah yang say patut lakukan? Dos kedua saya semakin hampir dan sy tidak berani. Apekah sy perlu lakukan utk tidur? Perlu ke sy ke klinik dan dptkan benzodiazepines? Sy risau doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh kesan sampingan selepas vaksinasi, cuma gejala sukar bertidur dan jangtung berdebar adalah kesan kurang umum berbanding gejala lain seperti sakit pada tempat suntikan, demam, sakit tekak, sakit otot atau sendi, loya dan muntah.
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Sejikanya diperlukan, anda boleh ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda.
Selain itu, sekiranya gejala anda terlalu membimbangkan anda, anda boleh merujuk kepada doktor anda sebelum pengambilan ubat benzodiazepine, serta dapatkan nasihat dan penjelasan doktor anda.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah merujuk kepada doktor anda dan menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini