
Sulit
4 tahun
Masalah tiroid dan ubat ubatan
Saya penderita hipertiroid selama 4 bulan.saat ini saya mengambil ubat klinik iaitu ubat camazol dn beta blocker.selain 2 jnis ubat,apakah ubat2 lain yg saya boleh ambil utk mngurangi gejala hipertiroid saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Saya sarankan anda mengikuti pelan rawatan yang telah diaturkan oleh doktor anda, namun sekiranya anda merasakan ubat yang telah diberikan tidak terlalu efektif, adalah sangat penting perbincangan secara langsung dilakukan semasa cik berjumpa dengan doktor yang merawat. Umum kerana, mereka mempunyai data yang lebih komprehensif terhadap kondisi anda.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Namun selain ubat-ubatan, perubahan gaya hidup juga boleh membantu dalam mengawal penyakit hipertiroid. Antaranya adalah:
- Meningkatkan kadar eksesais
- Menurunkan berat badan
- Menghindari faktor stres/tekanan
- Perubahan rutin diet
Saya menasihatkan anda untuk kurangkan atau elakkan dari minuman dan makanan yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi seperti:
- minuman berkarbonat
- kopi
- dark chocolate
- teh hijau
- dll.
Selain itu minuman yang dianjurkan oleh penderita hipertiroid adalah:
- jus saderi
- air masak / mineral
*air yang tidak mengandungi kafein
Makan yang dianjurkan oleh penderita hipertiroid adalah:
- garam iodin,
- ikan, kerang & rumpai laut,
- makanan atau minuman tenusu (baca: dairy product ),
- telur kuning.
- makanan tinggi kalori seperti tepung (kecuali yang menghidapi kencing manis)
- makanan yang seimbang
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.