
Anonymous
6 tahun
Masalah Tonsil yang dihadapi sy
Sy wanita berumur 21 tahun… Sy baru menjalani operation membuang tonsil tp bau mulut sy masih berbau wlaupn sy sudah melakukan rutin penjagaan gigi dgn menyikat gigi 2 kli sehari,floss dn sy menggunakan ubat kumur oradex masalah bau mulut sy tiada kesudahan membuatkn sy tidak yakin berhadapan dgn org sekeliling tlg bantu sy

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengambilan makanan dan minuman yang berbau atau kandungan gula yang tinggi seperti petai, jering, durian, bawang putih atau minuman beralkohol
- Penyakit gigi dan gusi
- Penyakit paru-paru dan sinus yang kronik
- Pembengkakkan tonsil atau adenoids
- Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah
- Penyakit diabetis yang tidak terkawal
- Penyakit kegagalan fungsi ginjal
- Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin , decongestants , antidepression , antipsychotic dan lain-lain yang boleh mengakibatkan pengurangan pengeluaran air liur atau menyebabkan mulut kering
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.