
Sulit
3 tahun
Masalah untuk hamil kali ke-2
Saya wanita umur 31…saya ada masalah period tidak teratur menyebabkan sukar untuk hamil…saya ada buat rawatan kesuburan dan berjaya hamil…sekarang nak hamil kali ke-2 memandangkan umur saya sudah masok 30an…tapi result masih negativ dan period tidak teratur…apa yang perlu saya buat…saya sudah pegi ke hospital, tetapi resultnya langsung tak membantu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keinginan anda untuk menimang cahaya mata namun mengalami kesukaran.
Untuk makluman anda, masalah sukar untuk hamil ini memerlukan maklumat terperinci daripada kedua-dua pihak suami dan isteri. Hal ini kerana, kesukaran untuk mengandung boleh disebabkan:
- Faktor wanita - seperti Sindrom Polisistik Ovari, tiub fallopian tersumbat, masalah hormon
- Faktor lelaki - seperti sperma kurang, atau tidak aktif, masalah hormon
Masalah haid tidak teratur juga menyumbang kepada kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata kerana waktu ovulasi tidak dapat dikesan dengan tepat serta masalah haid ini kebiasaanya merupakan tanda kepada masalah penyakit yang menganggu proses kehamilan daripada berlaku.
Oleh itu, anda dan pasangan disarankan untuk merujuk permasalahan ini di hospital agar pemeriksaan menyeluruh dapat dilakukan dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor