
Sulit
3 tahun
Masalah untuk hamil semula
Hi doc. Saya wanita berusia 39thn. Telah memiliki 7org ank. Yg sulung berusia 23thn dn yg bongsu 9thn. Sy telah berkahwin dgn suami ke-2 selama 2thn. Suami berusia 57thn.Masalahnya sy masih belum d kurniakan zuriat dgn suami baru. Thn 2020 sy missing miscarriage sebanyak 2 kali. Kali pertama bln januari dn kedua bln September. Untuk pengetahuan doc, selepas sy bersalin ank yg ke-7(dgn ex husband) sy telah pakai alat iucd selama 3thn. Adakah akibat dari memakai alat iucd sy susah untuk hamil kembali? Period sy teratur setiap bln dgn pusingan selama 28hari. Mungkinkah usia dn bilangan ank yg ramai juga mempengaruhi faktor ini? Sy juga ingin tahu, bolehkah kita hamil sekiranya kita ada penyakit kenser rahim? Sy berharap sgt dgn penjelasan dri doc dapat membantu saya yang di dalam kebuntuan.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang punca-punca missing miscarriage dan peluang untuk anda hamil. Anda juga ingin mengetahui sekiranya kehamilan boleh berlaku jika seseorang mempunyai penyakit kanser rahim. Saya akan cuba memberikan maklumat yang diperlukan sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan iucd adalah:
- Jangkitan kuman
- Mengandung luar rahim atau ectopic pregnancy
- Senggugut dan kekejangan rahim yang teruk
- Kitaran haid terganggu
Manakala, punca-punca missed miscarriage pula adalah:
- Kromosom yang tidak normal
- Usia ibu yang semakin meningkat
- Ibu yang mengalami kencing manis
- Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi
- Jangkitan pada ibu seperti Rubella, cytomegalovirus, mycoplsma dan juga toxoplasmosis.
- Merokok
- Minum arak
- Penyalahgunaan dadah
- Masalah hormon yang tidak stabil
- Bilangan anak yang ramai
Seseorang wanita masih boleh hamil sekiranya menghidapi penyakit kanser rahim dan pengembangan kandungan adalah bergantung kepada kaedah rawatan dan saranan daripada doktor pakar.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal agar keadaan ini dapat diatasi.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan