
Sulit
4 tahun
Masalah usus berpintal
Perut besar,bila berdiri keras,rasa macam bawak baby jer(mengandung jer),bila tidur ok jer,lembut,adakah masalah usu berpintal,dan apakah rawatan yang sesuai? Saya belum pergi scan perut lagi,lagi pun saya baru lepas operation slip disc area belakang pinggang L5.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Sembelit
- Iritasi usus
- Keradangan usus
- Ascites (pengumpulan cecair dalam abdomen)
Untuk mengatasi dan merawat masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.