Sulit
4 tahun
Masalh period yang tak tentu
Saya wanita berumur 21 tahun telah bekawin ,Sebelum ini saya period jadual period saya melebih 36hari .Bulan lepas saya period lebih awal dalam kiraan selepas 24hari. bulan ini saya belum period lagi selepas 24hari saya lewat 5hari kalau mengikuti bulañ sebelumnya tapi badan sakit ,mual bila cium bau masakan ,perut sakit macam segugut ?adakah saya Hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kitaran haid anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah kitaran haid yang lewat 5 hari berbanding dengan kitaran haid sebelumnya, anda juga mendapati kitaran haid anda tidak teratur, sakit badan, mual apabila mencium bau masakkan dan sakit perut. Anda ingin mengetahui sama ada sedang hamil.
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari, namun ia bergantung dan tidak sama bagi setiap wanita. Tahap kesuburan dan peluang untuk hamil juga dipengaruhi oleh pelbagai perkara lain seperti faktor pada pasangan anda. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kitaran haid anda tidak teratur, antaranya:
- Stress
- STD
- Endometriosis
- Menopause
- Kanser
- Ketidakstabilan hormon
- Penyakit tiroid
- Polycystic ovarian cyst
- Keradangan Pelvik
- BMI yang tidak normal
- Pil perancang kehamilan
Anda disarankan untuk melakukan ujian UPT sekiranya anda mengesyaki bahawa anda sedang hamil. Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal sekiranya keputusannya adalah negatif.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan



























