Sulit
4 tahun
Masih ada selsema setelah menjalani kuarantin covid 19
Salam. Saya didapati positif covid pada 19/8/2021 dan telah menamatkan kuarantin pada hari ini 1/9/2021. Saya masih lagi ada selsema. Adakah selamat untuk saya masuk kerja pada hari ini ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, selsema, sukar tarik nafas, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, loya, muntah, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang. Ramai doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Selain itu, sebaiknya anda ambil ujian Covid dahulu sebelum balik kerja. Sekiranya keputusan ujian covid terkini anda adalah negatif, anda boleh balik kerja, perlu mengikuti dasar tempat kerja anda. Namun, sila mengikuti SOP dengan tegas sebab seawalnya dalam 14 hari setelah kuarantin, jumlah virus dalam badan berkurang, tetapi masih berisiko rendah untuk menyebarkan jangkitan ini.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC dengan 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































