Sulit
4 tahun
Masih gatal tekak selepas tamat kuarantin 10 hari
saya disahkan positif covid19 pada 31 julai 2021. Di mysejahtera saya dikategorikan sbg pesakit cat2a. saya tamat kuarantin pada 10 ogos 2021. selepas tamat kuarantin saya kerap merasakan sakit tekak…gejala lain tiada. adakah virus covid19 dalam badan saya masih aktif?bolehkah saya menjangkiti keluarga saya dan org lain jika saya masih mengalami sakit tekak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, setelah anda tamat kuarantin serta keputusan ujian covid terkini anda adalah negatif selepas itu, maksudnya virus dalam badan anda telah berkurang. Namun anda masih berupaya untuk menyebarkan jangkitan kepada orang lain walaupun risikonya rendah daripada dahulu. Oleh itu, sila mengikuti SOP, pakai mask, rajin basuh tangan, jarakkan diri sama lain dan jaga kebersihan masing.
Selain itu, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sakit tekak, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang. Ramai doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC dengan 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































